suria

Anak sulung buat Will Smith menangis

Will Smith bersama anak lelaki sulungnya, Trey Smith.

KUNJUNGAN pelakon terkenal Hollywood, Will Smith dan anak lelaki sulungnya Trey Smith ke Abu Dhabi bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 bertukar drama air mata.

People melaporkan Will, 50, memuat naik video penuh emosi di Instagram miliknya dan bercakap tentang hubungannya dengan Trey yang sebelum ini dilanda pelbagai masalah.

Menerusi video itu, Will berkata, dia terharu apabila Trey memberitahu dia bukan sahaja seorang bapa kepadanya tetapi juga sahabat baik.

"Apabila ke luar negara saya kebiasaannya akan membawa salah seorang daripada anak-anak bagi membolehkan kami menghabiskan masa berkualiti bersama.

Trey dan Will menghabiskan masa bersama menonton perlumbaan Formula 1 di Abu Dhabi baru-baru ini.

"Kami berseronok menghadiri perlumbaan F1 namun Trey yang tiba-tiba memberitahu saya bukan sekadar bapanya tetapi sahabat baiknya cukup menyentuh hati saya," katanya.

Menerusi kapsyen video itu, Will memberitahu hubungannya dengan Trey sentiasa dilanda pelbagai cabaran selepas dia bercerai dengan bekas isterinya.

Kata Will, Trey, 26, sentiasa berasa seperti dikhianati dan diabaikan namun bersyukur hubungan mereka semakin bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Will berkahwin dengan Sheree Zampino pada 1992 namun mereka bercerai tiga tahun kemudian namun mereka masih mengekalkan hubungan baik termasuk dengan isterinya kini, Jada Pinkett Smith.

Will Smith, Trey Smith

Artikel Lain