BARANGKALI kepada yang tidak meminati muzik Kpop akan berasa pelik apabila melihat kebanyakan bintang Kpop lelaki menggunakan alat solek. Namun solekan dalam kalangan bintang Kpop lelaki bukan sesuatu yang pelik malah ia sudah jadi satu kebiasaan dan sukar untuk melihat mereka ini tampil di khalayak dengan wajah tidak berbedak. Pun begitu, anggota kumpulan GOT7 beberapa kali dilihat membuat kemunculan tanpa sebarang solekan dan mereka sentiasa menjadi tumpuan peminat yang ingin melihat wajah sebenar mereka. 1. JB JB sering dilihat memberi tumpuan kepada solekan pada matanya yang menyerlahkan bahagian itu namun tanpa sebarang solekan juga, ketua kumpulan GTO7 tersebut tetap nampak kacak. 2. Mark Mark yang sememangnya mempunyai wajah kacak sebenarnya tidak memerlukan sebarang solekan. Lihat sahaja wajahnya tanpa solekan tetap handsome dan mencairkan hati wanita! 3. Jackson Solekan benar-benar mengubah wajah Jackson yang kacak kepada 'jambu'. Rasanya kacak lagi tanpa solekan dan nampak lebih 'jantan'. 4. Jinyoung Nampaknya ada sesetengah orang memerlukan solekan dan Jinyoung salah seorang daripadanya. Maaf, mukanya agak berbintik tanpa solekan. 5. Youngjae Ada orang perlu mengingatkan Youngjae, solekan berlebihan sebenarnya menyorokkan wajah kacaknya. 6. BamBam Solekan membuatkan BamBam bertambah kacak dan tidak hairan ramai peminat tergila-gilakannya. 7. Yugyeom Seperti Mark, Yugyeom juga tidak perlukan solekan. Kulit wajahnya yang bersih dan putih gebu sudah cukup menggetarkan hati peminat. - KOREABOO