PELAKON Goo Jae Yee mengumumkan dia bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Disember depan dalam majlis tertutup. Menurut laporan Soompi, berita gembira itu dikongsi agensi pengurusannya, My Company baru-baru ini. Kata wakil agensi tersebut, tunang Jae Yee bukanlah dikalangan selebriti sebaliknya merupakan seorang profesor. "Perkahwinan mereka akan diadakan di Seoul dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat. "Walaupun bukan selebriti, tunangnya merupakan seorang profesor yang kacak. Dia kini bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di Perancis. "Mereka berdua dikenalkan oleh sahabat masing-masing. Selepas beberapa tahun bercinta akhirnya pasangan ini membuat keputusan untuk berkahwin. "Selepas berkahwin, Jae Yee akan berulang-alik dari ke Korea dan Perancis untuk mengimbangkan tugaskan sebagai seorang isteri serta kerjaya sebagai pelakon," jelasnya.