suria

Song Mino (WINNER) dedah derita serangan panik

Song Mino mendedahkan dia mengalami serangan panik sejak awal tahun ini.

ANGGOTA kumpulan WINNER Song Mino mendedahkan dia menderita penyakit serangan panik yang disebabkan terlalu banyak berfikir selain memikul tanggungjawab berat.

Seperti dilaporkan Koreaboo, Song Mino memberitahu dia mula mengalami masalah itu sejak awal tahun ini.

"Setiap orang mempunyai masa sukar. Awal tahun ini saya tiba-tiba diserang penyakit itu kerana terlalu banyak berfikir memandangkan memikul tanggungjawab berat bukan sahaja sebagai selebriti tetapi pelbagai sudut kehidupan.

"Saya bekerja tanpa henti dan berasa tidak senang duduk apabila berada di rumah memikirkan tanggungjawab yang perlu saya lunaskan," katanya.

Menyedari ia masalah serius, Song Mino berkata, dia mula mencari hobi seperti melukis dan menulis lagu sebagai cara mengelak daripada berasa tertekan dan akhirnya terkena serangan panik.

Song Mino, WINNER

Artikel Sebelum

Artikel Lain