suria

Cardi B umum berpisah selepas setahun berkahwin

PENYANYI rap Cardi B membuat pengumuman besar di Instagram bahawa dia sudah berpisah dengan suaminya Offset.

Cardi berkata dia sudah cuba mempertahankan hubungan tersebut sebaik mungkin namun tidak berjaya.

"Ramai yang bertanyakan hal ini, saya sudah lakukan yang terbaik untuk selamatkan hubungan ini. Kami sudah jadi kawan baik dan seperti semua tahu kami juga rakan bisnes yang baik.

"Dia juga orang yang akan saya cara saat mempunyai masalah tapi hubungan ini sudah tidak mampu bertahan dan ia bukan salah siapa-siapa," ujarnya.

Pasangan ini hidup berkahwin selama setahun dan memiliki seorang anak yang kini berusia empat bulan.

Biarpun memberitahu sudah berpisah namun mereka belum menguruskan perceraian tersebut secara rasmi.

SUMBER: COSMOPOLITAN

Cardi B

Artikel Lain