PASANGAN pengantin baharu baharu, Baim Wong dan Paula Verhoeven berhadapan situasi panik apabila kereta yang disewa mereka ketika berbulan madu di Amerika Syarikat hilang yang diparkir di tepi jalan. Menurut laporan Kapanlagi, kereta tersebut bukan dicuri sebaliknya ia telah ditarik oleh pihak berkuasa disebabkan melanggar peraturan dan ia diletakkan di kawasan larangan. Disebabkan perkara itu, pelakon terkenal itu terpaksa membayar denda sebanyak AS$638 (RM2,600) bagi mendapatkan kembali kereta sewa tersebut. Kejadian itu turut dikongsi oleh pelakon itu di saluran Youtube miliknya pada Jumaat lalu. Baim dan Paula yang juga seorang model melangsungkan perkahwinan pada 22 November lalu dan memilih Amerika untuk berbulan madu.