suria

Kevin Hart umum tarik diri jadi hos Oskar ke-91

PELAWAK Kevin Hart mengumumkan untuk menarik diri daripada menjadi pengacara Anugerah Akademi ke-91.

Kevin, 39, menerusi laman sosial membuat pengumuman tersebut dan meminta maaf terhadap keputusan yang dibuat itu.

"Aku telah membuat keputusan untuk tidak mengendalikan acara Oskar. Ini kerana aku tidak mahu menjadi perhatian pada malam yang seharusnya meraikan para seniman berbakat.

"Aku juga meminta maaf dengan tulus kepasa komuniti LGBT atas kata-kata lawak yang aku buat pada masa lalu," ujarnya.

Terdahulu, Kevin membuat kenyataan yang menyindir golongan tersebut sekitar tahun 2009 - 2011 lalu.

Kata Kevin, pihak penganjur meminta dia meminta maaf secara terbuka di laman sosial atau mereka mencari pengacara lain bagi menggantikan dirinya.

"Aku baru sahaja dihubungi pihak penganjur mereka minta aku minta maaf atau mereka akan cari hos lain," ujarnya.

Bagaimanapun, Kevin berpendapat Tweet tersebut bukan pertama kali menjadi perbahasan, malah dia juga sudah berkali-kali meminta maaf berkaitan perkara itu.

SUMBER: CNN

Oskar, Kevin Hurt

Artikel Lain