suria

Cardi B nafi dedah kisah perceraian untuk cari publisiti

Cardi B berang dengan tuduhan netizen yang mengatakan dia sengaja menggunakan kisah peribadinya untuk menarik perhatian.

PENYANYI rap Cardi B menafikan berita perceraiannya dengan bekas suami, Offset hanya untuk mencari publisiti murahan.

Menurut laporan Daily Mail, Cardi memberitahu dia sangat benci orang yang menuduhnya sengaja menggunakan kisah sedih itu untuk mendapatkan perhatian.

Perkara itu dikongsikan menerusi video secara langsung di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Selepas beberapa jam video tersebut menjadi tular, bekas suaminya itu memuat naik status meluahkan rasa rindu terhadap penyanyi berusia 26 tahun itu.

Sebelum ini, Cardi B membuat pengumuman besar di Instagram bahawa dia sudah berpisah Offset selepas setahun berkahwin.

Biarpun memberitahu sudah berpisah namun mereka belum menguruskan perceraian tersebut secara rasmi.

Pasangan ini hidup berkahwin selama setahun dan memiliki seorang anak yang kini berusia empat bulan.

Cardi B, Offset

Artikel Lain