suria

Khabar angin Jun Hyun Moo & Han Hye Jin putus cinta tidak benar

PIHAK PENGURUSAN selebriti Jun Hyun Moo menafikan dakwaan bahawa artis dibawah naungan mereka itu sudah mengakhiri hubungannya dengan model Han Hye Jin.

Katanya dalam satu kenyataan khabar angin itu tidak benar dan pasangan tersebut masih lagi menjalani kehidupan seperti pasangan kekasih lain.

"Ini adalah kenyataan rasmi mengenai khabar angin Jun Hyun Moo dan Han Hye Jin. Pertama sekali, kami memohon maaf atas kelewatan kami mengesahkan fakta dengan Jun Hyun Moo. 

"Selepas memeriksa dengan bintang itu, ia telah mengesahkan bahawa khabar angin perpisahan itu tidak benar" ujarnya.

Sebelum ini, khabar mendakwa pasangan selebriti yang mengendalikan program I Live Alone dilaporkan putus cinta.

Kedua-dua mereka dilaporkan memilih untuk menjadi sahabat baik seperti sebelum menjalinkan hubungan istimewa.

Seperti dipetik Kstar Live, Jun Hyun Moo dan Han Hye Jin disebabkan kehidupan peribadi mereka yang padat.

Menurut sumber itu, kesibukan dan komitmen dalam mengacarakan beberapa rancangan televisyen menjadi punca perpisahan tersebut.

Sumber mendedahkan pasangan tersebut sudah lama tidak bertemu disebabkan mesibukan jadual masing-masing.

"Ini adalah kenyataan rasmi kami mengenai khabar angin Jun Hyun Moo dan Han Hye Jin. Pertama sekali, kami memohon maaf atas tindak balas yang ditangguhkan yang timbul ketika kami mengesahkan fakta dengan Jun Hyun Moo. Selepas memeriksa dengan bintang itu, ia telah mengesahkan bahawa khabar angin perpecahan itu palsu. "
Jun Hyun Moo

Artikel Lain