PELAKON Han Eun Jung mengambil keputusan untuk menukar nama pentasnya kepada Han Da Gam selepas berbincang dengan agensi dan keluarganya. Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya South Paw Entertainment memberitahu aktres itu mahu dikenali menerusi nama yang unik sebagai seorang pelakon. "Agensi kami akan mula promosi nama Han Eun Jung kepada Han Da Gam. Dia buat keputusan itu selepas berbincang dengan pihak kami dan keluarganya. "Dia mahu dikenali menerusi nama yang unik sebagai seorang pelakon dan dia mahu lebih rapat dengan peminat. "Tolong fikirkan proses ini untuk menjadikan dia pelakon yang lebih baik dan kami berharap anda semua akan menerima dengan hati terbuka," katanya.