PELAKON Park Bo Gum mendapat pujian atas kecemerlangannya mengendalikan Anugerah MAMA Fans Choice yang diadakan di Saitama Super Arena, Jepun pada 12 December lalu. Koreaboo melaporkan Bo Gum yang kali kedua bertindak sebagai hos anugerah itu dipuji bukan sahaja kerana kebolehannya sebagai pengacara malah dapat berturut dalam bahasa Inggeris dan Jepun dengan baik. Bo Gum sebelum itu turut meluahkan rasa teruja dipilih sebagai hos anugerah itu buat kali kedua ketika melalui acara karpet merah. "Saya sangat berterima kasih atas peluang ini dan saya juga teruja kerana dapat menyaksikan persembahan hebat dan bertemu peminat di Jepun. "Saya harap dapat kembali sebagai pengacara tahun hadapan," katanya.