KERJAYA Kendall Jenner sebagai model tidak diragukan lagi, biarpun kemunculan model baharu bagaikan cendawan tumbuh, namun ia tidak mengugat kerjaya wanita itu. Pesona adik Kim Kardashian ini masih tidak dapat disaingi dengan mana-mana model baharu. Nama Kendall masih kekal sebagai model terlaris sepanjang tahun 2018 apabila menerima pelbagai tawaran fotografi hingga di pentas Victoria's Secret. Kendall turut mengekalkan dirinya sebagai model yang mendapat bayaran tertinggi bagi tahun 2018 versi majalah Forbes. Seperti dipetik Forbes, bintang Keeping Up With The Kardashians ini meraih pendapatan sebanyak lebih RM90 juta sepanjang tahun ini. Ia melingkupi hasil pertunjukkan fesyen, fotografi, posting iklan dan statusnya sebagai duta beberapa produk jenama antarabangsa.