suria

Offset mengaku curang, merayu Cardi B maafkannya

Offset merayu agar Cardi B menerimanya semula.

PENYANYI rap Offset nampaknya masih belum melupakan isterinya, Cardi B selepas beberapa hari mengumumkan perpisahan mereka baru-baru ini.

Offset menerusi Instagram miliknya memberitahu dia cuba membetulkan keadaan dan berharap dapat kemaafan daripada Cardi atas kesilapan dilakukannya.

Malah Offset turut mengakui perpisahan mereka disebabkan sikap curangnya dan turut memohon maaf kepada isterinya itu.

"Saya mahu meminta maaf Cardi. Saya memalukan anda, buat anda naik gila. Silap saya kerana buat kesalahan yang tidak sepatutnya saya lakukan, saya mohon maaf.

"Maaf kerana hancurkan hati awak, melanggar janji kita dan kepada Tuhan selain mementingkan diri serta tidak menjadi seorang suami yang baik," katanya.

Dalam perkembangan sama, Cardi juga dilaporkan sedang mengharungi masa sukar ekoran skandal melibatkan suaminya dengan seorang wanita dikenali sebagai Summer Bunni.

Cardi atau Belcalis Marlenis Almanzar berkahwin dengan Offset sejak setahun lalu dan mereka mempunyai seorang anak perempuan Kulture, lima bulan.

Offset, Cardi B

Artikel Berikut

Artikel Lain