ANGGOTA kumpulan EXO iaitu D.O. memberitahu dia akhirnya dapat bercuti selepas tujuh tahun bekerja tanpa henti. D.O. berkata, sejak memulakan karier pada April 2012 dia tidak pernah berkesempatan mengambil cuti kerana terlalu sibuk dengan pelbagai projek bersama EXO dan karier solonya sebagai pelakon. "Sepanjang tujuh tahun saya terlalu sibuk dengan pelbagai projek dan saya sentiasa cemburu melihat rakan-rakan lain dalam EXO yang pergi bercuti. "Akhirnya saya akan bercuti selama enam hari pada Januari ini," katanya ketika muncul dalam program Star News seperti dilaporkan Allkpop. Dalam pada itu, D. O. berkata, buat masa ini dia masih belum memilih lokasi percutiannya namun dia akan menggunakan cuti itu dengan sebaiknya.