PASANGAN selebriti Chris Pratt dan Anna Faris yang dilaporkan berpisah pada Oktober lalu akhirnya menyelesaikan urusan perceraian mereka secara rasmi. Pasangan ini juga memutuskan untuk menjual rumah mewah mereka yang terletak di kawasan Hollywood Hills. Rumah tersebut juga merupakan tempat tinggal mereka sejak berkahwin pada 2009. Seperti dipetik The Blast, kediaman itu dijual dengan harga kira-kira RM20 juta. Kediaman pasangan itu yang dijual pada harga RM20 juta. Menerusi foto kediaman yang tersebar di internet, rumah yang dibina pada tahun 1979 itu memiliki 3 bilik tidur dan 5 bilik mandi. Kediaman itu turut dilengkapi bilik pejabat, koman renang dan halaman belakang yang luas. Chris dan Anna membeli kediaman itu pada tahun 2013 dengan harga kira-kira RM13 juta.