suria

Junho (2PM) mahu ambil tindakan peminat ugut keluarga

Junho (2PM) sudah hilang sabar dengan segelintir netizen yang menganggu dan mengugut keluarganya.

PENYANYI Junho tampil bersuara terhadap segelintir peminat yang menganggu dan mengugut keluarganya demi mendapat perhatian.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan 2PM itu mendedahkan ada pihak yang beberapa kali menggodam akaun Instagram kakaknya selain menghubungi ahli keluarganya.

Tambah parah, ada yang menganggu abang iparnya dengan membuat panggilan usikan ke pejabat selain menggunakan kata-kata kesat terhadapnya.

Junho memberitahu dia tidak akan bertolak ansur dengan gangguan dibuat terhadap keluarganya malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Saya tidak kisah kalau anda menggangu saya tapi saya mohon jangan kacau keluarga saya!

"Pihak saya sudah mengumpul pelbagai data daripada gangguan diterima dan sila ambil perhatian bahawa saya tidak akan bertolak-ansur apabila kami mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa simpati terhadap Junho dan situasi yang terpaksa dihadapi keluarganya.

"Ia sangat menakutkan. Tolonglah, jangan ganggu keluarga orang lain," tulis netizen.

Junho, 2PM

Artikel Lain