suria

Ifan (Seventeen) cerita detik dibawa arus tsunami, capai kotak selamatkan diri

Ifan (Seventeen) menceritakan detik dia menyelamatkan diri selepas dibawa arus ketika kejadian tsunami di Selat Sunda pada Sabtu lalu.

TSUNAMI yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu lalu mengorbankan banyak nyawa termasuk tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten.

Bagaimanapun vokalisnya, Ifan atau Riefan Fajarsyah, 35, terselamat dalam bencana alam itu namun isteri penyanyi itu, Dylan Sahara ditemui mati.

Menceritakan detik cemas tersebut, Ifan memberitahu ombak yang tiba-tiba menghempas ketika mereka sedang menyampaikan lagu kedua menyebabkan dia dan rakan-rakan serta pengunjung ditarik ke laut dalam gelombang besar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Alhamdulillah kita udah semobil lagi... Yuk pulang" - Ifan (Seventeen) sahkan isteri meninggal dunia

Hanya Ifan (dua dari kiri) yang selamat dalam bencana tersebut.

"Kami mula persembahan pada pukul 9 malam, keududkan pentas membelakangi pantai dan kami kurang mendengar bunyi air kerana mungkin bunyi muzik kuat.

"Saya sendiri terlempar ke tengah laut dan saya dapat melihat kira-kira 20 hingga 30 mayat.

"Saya tidak tahu berapa jauh saya hanyut tapi yang pasti selama dua jam saya terapung-apung di laut namun akhrinya berjaya mengapai sebuah kotak untuk berpaut," ujarnya ketika ditemuramah TvOne.

Tambah Ifan, bagi menyelamatkan diri, dia berusaha menjauhkan diri daripada kerumunan orang ramai yang sedang panik sehingga dia berjaya naik ke darat.

"Saya berusaha lari daripada kerumunan dan selang beberapa minit suasana menjadi sepi... Ternyata mangsa lain sudah meninggal dunia.

"Saya sendiri selamat Alhamdulillah, cuma luka-luka," tambahnya.

Ifan mengesahkan isterinya, Dylan Sahara meninggal dunia selepas menjadi mangsa tsunami yang melanda Selat Sunda Sabtu lalu.

Ifan dan kumpulannya menjadi artis yang membuat persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten yang dihadiri kira-kira 260 tetamu.

Katanya kira-kira 70 peratus tetamu dibawa arus ke daratan dan semuanya selamat.

Manakala, dia bersama 30 peratus tetamu yang lain dihanyutkan ke laut dan sebahagian besarnya meninggal dunia.

Dalam pada itu, ketika berjaya sampai ke daratan dia terus mencari isteri serta anggota Seveneteen namun terkejut apabila menemui mayat pemain bass, M Awal Purbani atau Bani, dan pengurus mereka, Oki Wijaya.

Pada malam Isnin pula, selepas dua hari mencari, Ifan mengesahkan isterinya yang hilang dalam kejadian itu meninggal dunia.

Dalam perkembangan sama, Ifan turut mengesahkan pemain dram Seventeen iaitu Andi turut terkorban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggal dunia.

Mereka termasuk Bani (pemain bes), Herman (gitaris) termasuk kru, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya.

Ifan Seventeen

Artikel Lain