suria

Rossa pilih acara kekeluargaan sambut tahun baharu 2019

Rossa lebih selesa menerima undangan berbentuk kekeluargaan bersempena tahun baharu.

PENYANYI Datuk Seri Rossa menganggap bayaran bukan perkara utama ketika menerima tawaran persembahan pada setiap kali sambutan tahun baharu.

Sebaliknya, Rossa berkata, dia lebih selesa memilih acara yang bersifat kekeluargaan bagi membolehkan dia membawa anaknya.

"Alhamdulillah sejak awal kerjaya iaitu tahun 1998 sampai sekarang saya selalu diberikan rezeki akhir tahun.

"Namun saya menerima tawaran tersebut bukan kerana bayaran tapi cenderung kepada acara bersifat kekeluargaan," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

"Tentu sahaja yang boleh membawa keluarga, supaya saya dapat merayakan dengan mereka.

"Itu keutamaan saya, saya ambil yang di hotel supaya senang bawa mereka. Habiskan masa bersama mereka adalah perkara pertama, keduanya barulah tentang bayaran," ujarnya.

Rossa

Artikel Lain