suria

Pasha Ungu minta maaf tak minta izin bawa lagu ‘Kemarin’ Seventeen

Pasha Ungu.

VOKALIS Ungu iaitu Pasha meminta maaf tidak meminta kebenaran daripada Ifan (Seventeen) untuk menyanyikan lagu Kemarin di sebuah festival di Singapura pada Sabtu lalu.

Pasha yang memuat naik video tersebut dengan kapsyen mengaku belum meminta izin dan meminta maaf terhadap perkara itu.

Penyanyi lagu Tercipta Untukku ini berkata, ramai penonton yang ada di sana turut menyanyikan lagu berkenaan bersama-sama.

Tiga ahli Seventeen dan isteri vokalisnya, Ifan meninggal dunia.

Bagaimanapun, Pasha berkata, lagu itu lebih sesuai dinyanyikan sendiri oleh Ifan Seventeen.

"Dinda Ifan, maaf ya tadi tidak minta izin dahulu bawa lagu ini di Singapura. Semua turut menitip doa buat Ifan dan InsyaAllah Ifan kuat dan akan terus berkarya," tulinya.

Dalam pada itu, Pasha turut tidak melupakan tiga ahli Seventeen yang meninggal dunia dalam peristiwa tsunami Selat Sunda yang berlaku pada minggu lalu.

SUMBER: Tribun Jakarta

Pasha Ungu, Seventeen

Artikel Lain