PELAKON Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock membuat kejutan kepada ibunya dengan menghadiahkan sebuah rumah pada Krismas lalu.
Kejutan itu ternyata membuatkan ibunya Ata Johnson menangis terharu dengan hadiah istimewa itu.
Ibunya menitiskan air mata ketika membaca tulisan pada sebuah kad yang diberi oleh The Rock.
"Kejutan! Saya menghadiahkan rumah baru buat ibuku sebagai hadiah Krismas," ujarnya di Instagram.
The Rock turut mengimbau kenangan bahawa dia dibesarkan di sebuah pangsapuri kecil dan terpaksa berpindah-randah.
Rumah pertama yang dimiliki orang tuanya dibeli pada tahun 1999 iaitu selepas ibu-bapanya bercerai.
Selepas kerjaya semakin baik, The Rock sentiasa memastikan kehidupan ibu bapanya lengkap seperti apa yang mereka mahukan.
Dia membelikan rumah dan kereta untuk kemudahan mereka.
SUMBER: Instagram The Rock