PENYANYI Salena Gomez dikhabarkan membelanja sebanyak kira-kira RM1,200 sejam untuk menjalani latihan senaman secara privasi. Menurut sumber yang dipetik daripada E! News, bekas kekasih Justin Bieber itu melakukan senaman hot pilates iaitu senaman dilakukan di sebuah ruang yang panas. Suhu panas berfungsi sebagai detox yang baik, mengurangkan stress dan memanaskan otot. Menurut sumber yang sama, Selena menyukai senaman ini kerana membuat tubuhnya bertambah baik. Dalam suhu panas itu juga, Selena melakukan senaman-senaman ringan namun masih membuatkan dirinya berpeluh. Dia juga mendengar muzik sepanjang senaman tersebut yang membuatkan senaman itu tidak berat. Tambah sumber lagi, sejak keluar daripada pusat pemulihan akibat masalah tekanan, penyanyi itu banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti yang berfaedah bersama orang-orang yang rapat dengannya.