suria

Ibu tumpang bakal melahirkan anak keempat Kim Kardashian

Kim dan Kanye bakal menimang cahaya mata keempat dengan menggunakan khidmat ibu tumpang.

SELEBRITI Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West bakal menimang cahaya mata keempat menggunakan khidmat ibu tumpang sekali lagi.

Menerusi laporan Daily Mail, ibu tumpang tersebut dijangka akan melahirkan anak pasangan selebriti itu pada bulan Mei depan.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada wakil Kim mahu pun Kanye.

Kim memillih untuk menggunakan khidmat ibu tumpang selepas dinasihati doktor yang khuatir dengan keadaan kesihatannya sekiranya dia kembali hamil selepas melahirkan dua anak pertamanya.

Enam bulan sebelum ini, pasangan ini dilaporkan menangguhkan cadangan mereka untuk menimang anak keempat kerana Kanye masih bergelut dengan masalah kesihatan mental yang dihadapinya.

Menurut sumber, Kanye kini beransur sihat dan pasangan itu gembira untuk menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Kim dan Kanye menimang cahaya mata ketiga mereka Chicago pada Januari 2018 yang dilahirkan melalui ibu tumpang.

Pasangan ini mempunyai dua lagi anak iaitu North dan Saint yang masing-masing berusia 5 dan 3 tahun. 

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain