suria

Adam Levine beli rumah Ben Affleck dan Jennifer Garner

KEKAYAAN Adam Levine sememangnya tidak diragukan, lebih-lebih lagi apabila menjadi juri kepada program realiti popular The Voice.

Suami kepada Behati Prinsolo ini dilaporkan membeli kediaman mewah yang dijual oleh pelakon Ben Affleck dan bekas isterinya Jennifer Garner.

Vokalis Maroon 5 itu membeli kediaman tersebut dengan harga RM131 juta.

TMZ melaporkan persetujan harga antara Adam dan Ben secara rasmi pada hujung 2018 lalu.

Kediaman mewah yang terletak di Pacific Palisades, Los Angeles itu dibeli oleh Ben dan Jennifer pada tahun 2009 dengan harga RM70 juta.

Rumah itu terletak di atas bukit dengan keluasan 3.1 hektar.

Ia dilengkapi dengan kolam renang, pawagam peribadi, gimnasium dan gelanggang bola keranjang.

Adam Levine, Jennifer Garner

Artikel Lain