suria

Jin Ji Hee beritahu kecantikannya semula jadi bukan 'plastik'

Jin Ji Hee menyangkal dakwaan pernah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

PEMBEDAHAN kosmetik dalam kalangan selebriti di Korea Selatan bukan perkara asing malah ia sudah menjadi satu trend sehingga sukar untuk dipastikan sama ada wajah mereka asli atau 'plastik'.

Pelakon Jin Ji Hee juga tidak terkecuali menjadi antara nama yang dikatakan menjalani pembedahan plastik pada wajah termasuk bahagian kelopak mata bagi mendapatkan penampilan lebih menarik.

Bagaimanapun Ji Hee menyangkal dakwaan tersebut selain menegaskan kecantikannya adalah asli dan bukannya kerana pembedahan.

"saya tidak pernah buat pembedahan bagi mendapatkan kelopak mata. Saya tidak pernah lakukan apa-apa pada wajah saya," katanya.

Ji Hee berkata demikian sebagai menjawab soalan peminat ketika dia membuatkan video siaran langsung di Instagram lapor Soompi.

Aktres itu memulakan karier pada 2003 menerusi drama Yellow Handkerchief sebelum meraih populariti ketika muncul dalam drama High Kick Through the Roof.

Jin Ji Hee

Artikel Lain