suria

Lindsay Lohan rindu lakonan, bakal jadi bintang realiti

BINTANG kontroversi Lindsay Lohan mengakui rindu dengan dunia lakonan dan mempunyai keinginan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang itu.

Bagaimanapun, Lindsay berkata, dia kini selesa dan memilih untuk bekerja di luar bidang yang memerlukan dia berada di hadapan skrin.

“Ya tentu sahaja saya rindu untuk menjadi artis. Saya pernah jatuh cinta dalam dunia lakonan dan itu adalah minat saya.

“Tapi sekarang saya suka berada di belakang sahaja. Tapi tidak bermakna saya hanya duduk sahaja tapi melakukan perkara yang mencabar seperti mana berlakon,” ujarnya seperti ditemuramah Variety.

Pelakon yang sering dihimpit kontroversi panas ini akhirnya menerima tawaran membintangi program realiti Lindsay Lohan’s Beach Club.

Dia yang pernah terkait dengan berita dipukul kekasih di pantai Mykonos berjaya mengatasi tekanan yang dihadapi dengan membeli pantai tersebut.

Malah, program realiti itu dijalankan di pantai tanah peribadi milik bintang Mean Girls berkenaan.

“Program ini bukan tentang mengikut gerak-geri saya setiap masa. Ia berkisarkan tentang perniagaan yang saya jalankan di sini. Saya menulis sendiri naskhah skripnya.

“Tiada yang perlu disembunyikan jika dulu saya seorang yang sering ke kelab malam untuk berhibur, namun sekarang saya pemilik kelab malam itu,” ujarnya.

Lindsay Lohan

Artikel Lain