SEBUAH laman web lucah popular menjadi perhatian apabila memuat naik gambar dua anggota kumpulan Blackpink Lisa dan Rose di Instagram rasmi mereka. Koreaboo melaporkan penggendali laman sosial laman web itu turut tagged nama kedua-dua penyanyi tersebut yang sedang bersiar-siar di sebuah pasar malam di Bangkok, Thailand. Walaupun gambar tersebut agak kabur namun mereka memuat naik gambar tersebut disebabkan Lisa dan Rose bergambar berdekatan rak baju yang mempunyai logo laman web lucah itu. Instagram laman web itu juga turut mengikut profil laman sosial kedua-dua mereka selain beberapa selebriti terkenal lain termasuk pelakon lucah. Dalam pada itu, peminat menyifatkan ia perbuatan cuba memalukan Blackpink namun ramai juga merasakan ia sesuatu yang kelakar.