PENYANYI dangdut Indonesia, Siti Badriah dilamar kekasihnya, Krisjiana Baharudin ketika mereka berada di Korea Selatan pada Sabtu lalu. Menurut laporan Liputan6, pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu. Video Krisjiana melamar Siti Badriah, 27, dengan cincin arwah ibunya menjadi tular di laman sosial. Menerusi video tersebut, Siti Badriah kelihatan terkejut dan tanpa berfikir panjang, penyanyi lagu Lagi Syantik itu menerima lamaran tersebut.