suria

Selena sapa peminat selepas tiga bulan berehat dan jalani rawatan mental

PENYANYI Selena Gomez mengejutkan dunia hiburan apabila membuat keputusan untuk berehat dan menjalani rawatan sakit mental pada September tahun lalu.

Selepas lebih tiga bulan mendapatkan rawatan, Selena mengumumkan sudah sedia untuk kembali ke industri nyanyian.

Dia juga sudah memuat naik foto di laman sosial dan berkongsi keadaan kesihatannya sekarang.

Penyanyi lagu Back To You itu menyapa peminat-peminatnya yang khuatir dengan kesihatannya selepas mendedahkan mengalami tekanan.

"Kamu semua mungkin sudah lama tidak mendengar khabar dari saya, namun saya ingin mengucapkan selamat tahun bari dan terima kasih terhadap sokongan kepada saya.

"Tahun ini benar-benar menjadi tahun untuk muhasabah diri dan menjadikan saya lebih dewasa.

"Percaya pada saya, itu bukan sesuatu yang mudah, namun saya bangga pada diri saya yang sekarang. Saya tidak sabar untuk menjalani kehidupan lebih mencabar tahun ini. Saya sayang kamu semua," ujarnya di Instagram.

Foto yang dimuat naik itu mendapat lebih 6 juta tanda suka dan ratusan komen dalam tempoh 10 jam dikongsikan.

Selena Gomez

Artikel Lain