PASANGAN selebriti Korea, HyunA dan E'Dawn telah membuat perancangan untuk mencari agensi pengurusan yang berbeza untuk memulakan karier baharu mereka. Menurut laporan Soompi, sumber terdekat memberitahu HyunA dan E'Dawn sudah mula mencari beberapa kontrak daripada wakil agensi. "Mereka berdua sedang mencari agensi pengurusan yang berbeza. Apa yang saya dengar, mereka mahu bekerja berasingan selepas memikirkan perjalanan yang lebih panjang. "HyunA dan E'Dawn mencari agensi yang boleh menyokong mereka dan perancangan mereka mahu cepat ada pengurusan supaya dapat mempromosikan aktiviti seni," katanya. Dilaporakan ada beberapa agensi yang berminat untuk mengambil HyunA sebagai artis mereka dan sementara itu, kekasihnya sedang berbincang dengan agensi luar negara.