suria

Pereka fesyen enggan buat baju Bebe Rexha untuk Anugerah Grammy

Bebe Rexha kecewa apabila ada beberapa pereka fesyen menolak untuk menghasilkan baju untuknya kerana saiz badan.

ANUGERAH Grammy 2019 menjadi acara bersejarah buat penyanyi Bebe Rexha apabila dia dicalonkan menerusi kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Dou/Berkumpulan Terbaik.

Pun begitu, Bebe mengalami masalah untuk mencari pakaian terbaik buatnya untuk ke acara berprestij itu kerana tiada pereka fesyen sudi membuat baju untuknya kerana saiz badannya.

"Akhirnya saya dapat pencalonan Grammy dan ia perkara paling hebat pernah berlaku dalam hidup saya.

"Namun malangnya setiap perkara fesyen yang saya minta buatkan baju untuk acara itu semua menolak kerana badan saya terlalu besar," katanya menerusi video di Instagram.

Dalam video sama, Bebe turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap 'double standard' pereka fesyen dan berjanji tidak akan memakai pakaian yang dihasilkan mereka.

"Anda cuba beritahu wanita yang pakai saiz 8 tidak cantik dan tidak boleh memakai baju anda. Kepada pereka fesyen ini semua, saya tidak akan pakai baju yang anda buat!," ujarnya. - Elle

Bebe Rexha

Artikel Lain