suria

Virgoun pilih nama Faithlee As'Syair untuk bayi kedua

Isteri Virgoun melahirkan anak lelaki mereka pada Khamis.

PENYANYI Virgoun dan isterinya, Inara Idola Rusli telah menyambut kelahiran anak kedua mereka pada Khamis.

Menurut laporan Liputan6, Virgoun berkongsi berita gembira menerima kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Faithlee As'Syair menerusi laman Instagram.

"Alhamdulillah ya Allah. Segala sujud dan syukur kami ucapkan. Telah lahir dengan selamat dan sihat anak kedua kami lelaki bernama Faithlee As'Syair Virgoun.

"Dengan berat 3.2 kilogram, panjang 50 sentimeter," kata Virgoun.

Penyanyi lagu Surat Cinta Buat Starla ini turut memuat naik foto pertama wajah bayinya yang sedang lena tidur.

Virgoun dan Inara Idola Rusli berkahwin pada 14 Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Starla Rhea Idola Virgoun yang kini berusia tiga tahun.

Virgoun

Artikel Lain