PERKONGSIAN video pelakon Baim Wong yang menyamar sebagai orang gila menyentuh hati netizen apabila dia pula menghulurkan wang kepada individu yang menolongnya termasuk memberikannya makanan. Video penyamran Baim sempena meraikan 1 juta pelanggan YouTube miliknya itu sehingga Ahad mendapat lebih 4 juta kali tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Bulan madu Baim Wong dan isteri bertukar tragedi di Amerika Pada akhir video ‘prank’ itu Baim membuatkan seorang peniaga pisang menangis ketika dia yang berpakaian seperti orang gila memberikan sejumlah wang kepada peniaga berkenaan. Baim Wong ketika menyamar menjadi orang gila kepada penjual pisang. Keikhlasan peniaga itu yang tidak kedekut menghulurkan sesikat pisang ketika diminta Baim pada penyamaran tersebut membuatkan hati Baim terbuka untuk membantunya. Selepas video itu menjadi ‘trending’ di YouTube, Baim kembali mencari ibu berkenaan sekali lagi dan ia dirakamkan dalam satu lagi video yang turut mendapat lebih 1 juta tontonan. Baim beranggapan pendapatan penjual pisang sudah tentu untungnya tidak banyak dan dia terbuka hati untuk membantu. Kata Baim, mungkin ada cita-cita si ibu tidak dapat dilaksanakan dan sudah menjadi tanggungjawab dia untuk membantu. Ini kerana dia juga memperoleh pendapatan hasil daripada jumlah tontonan di YouTube. Baim menjemput penjual pisang ke rumahnya. Baim kemudian mengajak si ibu yang sudah enam tahun menjual pisang agar ke rumahnya dan bertanyakan apakah hajat yang diinginkan. Ketika si ibu memberitahu dia berhajat mengerjakan Umrah, Baim kemudian memberikan seikat wang berjumlah Rp$10 juta (RM2,900) agar peniaga tersebut dapat memenuhi impiannya. Baim, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim merupakan pelakon berbangsa Cina Indonesia telah berkahwin dengan aktres Paula Verhoeven pada 22 November 2018.