ANGGOTA kumpulan SHINee iaitu Key mengesahkan dia bakal menjalani sesi latihan ketenteraan pada 4 Mac depan. Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya SM Entertainment memberitahu Key telah menghantar borang untuk menyertai latihan ketenteraan itu pada awal Januari. "Key sudah diterima untuk menjalani sesi latihan ketenteraan pada 4 Mac depan," kata wakil agensi. Key menjadi ahli kumpulan SHINee kedua yang bakal menjalani latihan tersebut selepas Onew yang mulakan terlebih dahulu ada hujung Disember tahun lalu.