PASANGAN kekasih Justin Bieber dan Hailey Balwin dilaporkan menunda majlis perkahwinan mereka buat kali kedua. Menurut sumber terdekat, menundaan itu disebabkan masih mencari lokasi yang sesuai untuk majlis istimewa tersebut. "Pasangan ini sukakan pantai dan sekarang mereka masih memilih lagi lokasi pantai terbaik untuk majlis tersebut. "Biarpun sudah bergelar suami isteri, mereka tetap ingin menganjurkan majlis yang sempurna," ujar sumber seperti dipetik Capital FM. Tambah sumber, Hailey sedang sibuk berbincang dengan perancang perkahwinannya untuk persiapan acara itu.