PENYANYI Rita Ora dilaporkan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan anak sulung kepada Victoria Beckham iaitu Brooklyn Beckham pada 2017. Daily Mail bagaimanapun melaporkan hubungan pasangan itu tidak direstui oleh Victoria selepas bekas anggota kumpulan Spice Girls berkenaan menghidu perhubungan mereka. "Posh (Victoria) ternampak mesej mereka. Dia tidak mahu anaknya mendekati Rita kerana merasakan mereka tidak cocok sebagai pasangan tambahan pula Brooklyn ketika itu masih dibawah umur. "Posh menegaskan dia tidak merestui hubungan itu," kata sumber. Atas sebab itu, Victoria dan suaminya, David Beckham menghantar anak mereka ke New York untuk menyambung pelajarannya di Amerika. Pun begitu, hubungan Rita, 28, dan Brooklyn, 19, masih kekal baik sehingga kini.