suria

Personaliti berbeza punca hubungan Kwangee dan G-Dragon renggang

G-Dragon dan Kwanghee pernah menjadi sahabat baik suatu ketika dahulu.

UMUM mengetahui dua penyanyi G-Dragon dan Kwanghee mempunyai hubungan akrab sejak mereka sama-sama terlibat dalam sebuah program pada 2015.

Kwanghee bagaimanapun mendedahkan dia dan anggota kumpulan Big Bang itu tidak lagi mesra seperti dulu malah sudah lama tidak bertanya khabar di antara satu sama lain.

Jelasnya, hubungan itu renggang kerana personaliti mereka yang berbeza menyebabkan tiada lagi keserasian wujud antara satu sama lain.

"G-Dragon seorang yang sangat tenang dan pendiam manakala saya pula seorang yang cukup agresif.

"Lama-kelamaan hubungan kami bertukar hambar dan tidak lagi rapat seperti dulu," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Pun begitu kata Kwanghee, dia masih menganggap G-Dragon sebagai sahabatnya dan sentiasa mendoakan kebahagian penyanyi itu.

Kwanghee, G-Dragon

Artikel Lain