suria

Ji Sung, Lee Bo Young pilih nama bayi kedua mereka Kwak Bo Ah

Lee Bo Young melahirkan bayi keduanya awal dari jangkaan.

PASANGAN selebriti Ji Sung dan Lee Bo Young meluahkan rasa gembira menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Selasa.

Menerusi laporan Soompi, agensi pengurusan Ji Sung iaitu Namoo Actors telah mengesahkan berita gembira tersebut dan mendedahkan nama panggilan bayi mereka iaitu Boh Ah.

"Mereka telah menyambut kelahiran bayi kedua, lelaki, pada hari ini. Nama panggilan bayi mereka iaitu Bo Ah, dan semua ahli keluarga sangat gembira.

"Kami bersyukur semua orang telah memberi ucapan tahniah kepada mereka," kata wakil agensi.

Manakala agensi pengurusan Lee Bo Young memberitahu aktres itu dan bayinya dalam keadaan sihat biarpun bersalin awal dari jangkaan.

Ji Sung turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya dengan memuat naik foto tapak kaki anaknya yang diberi nama KWak Bo Ah.

Ji Sung, Lee Bo Young

Artikel Lain