PELAKON Park Bo Gum memberitahu dia sangat teringin untuk memegang watak sebagai seorang psiko sekiranya diberi peluang. Menurut laporan Allkpop, Park Bo Gum berkongsi perkara tersebut ketika temubual bersama Sports Seoul yang bertanyakan mengenai drama terbaharunya, Boyfriend. "Saya mahu melakonkan watak seorang saiko kalau diberi peluang. Sebelum ini saya pernah melakonkan watak seorang lelaki berubah menjadi saiko. "Cuma, kalau boleh saya nak kembangkan lagi watak itu. Jalan cerita macam mana dia boleh berubah menjadi seperti itu," katanya.