PENYANYI Gwen Stefani tidak mahu menghabiskan masa untuk berfikir mengenai majlis perkahwinannya dengan Blake Shelton. Menurut laporan Hollywoodlife.com, Gwen teruja memikirkan mengenai lamaran kekasihnya itu dan beranggapan mungkin sambutan hari kekasih pada 14 Februari ini adalah masa yang sesuai untuk dilakukan. "Gwen tidak sabar untuk berkahwin dengan Blake tetapi ia bukan sesuatu perkara yang dia mahu habiskan masa untuk berfikir. "Hari kekasih bakal tiba, dia sudah mula memikirkan mungkin masa dan waktu yang sesuai untuk lamaran. "Sudah tentu lamaran itu akan ada satu hari nanti, Gwen cuma tak tahu bila dan di mana namun dia seronok bermain dengan teka-teki," kata sumber terdekat. Gwen dan Blake sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu ketika mereka bergandingan sebagai juri tetap program The Voice. Hari Kekasih adalah dilarang untuk umat Islam.