JADUAL persembahan nyanyian yang terlalu padat membuatkan penyanyi Indonesia iaitu Siti Badriah tidak sempat menziarahi tunangnya Krisjiana Baharudin di hospital. Penyanyi yang popular dengan lagu Lagi Syantik itu berkata, tunangnya yang dimasukan ke hospital kerana kurang rehat itu berada dalam keadaan baik. Biarpun tidak dapat menziarahi pemuda itu di hospital, namun dia sudah menghubungi dan bertanya khabar melalui telefon. "Saya tidak sempat untuk melihat dia kerana jadual kerja yang padat tapi saya sudah hubungi dia dan bertanya khabar. "Dia berada dalam keadaan baik dan mungkin dibenarkan keluar tidak lama lagi," ujarnya seperti dipetik di KapanLagi.com.