PEMINAT K-Pop, Wanna One masih bersedih apabila kumpulan itu mengumumkan berpecah pada konsert terakhir mereka Therefore Januari lalu. Kumpulan yang dianggotai oleh Hwang Minhyun, Lee Daehwi, Park Woojin, Bae Jinyoung, Yoon Jisung, Ha Sungwoon, Park Jihoon, Ong Seongwoo, Kim Jaehwan dan Lai Guanlin dikatakan kini sibuk dengan aktiviti masing-masing. Bagaimanapun, seorang ahlinya Kang Daniel masih tidak memuat naik kemaskini di laman sosial tentang aktivitinya selepas perpecahan yang diumumkan. Kang memuat naik foto terakhir pada 5 Februari lalu. Ia membuatkan peminatnya bimbang dan resah kerana tidak mengetahui perkembangan penyanyi itu sejak kali terakhir memuat naik foto pada 5 Februari lalu. Agensi selebriti itu iaitu LM Entertainment memberitahu penyanyi itu baharu sahaja membuat laporan polis terhadap netizen yang membuat kenyataan negatif di laman sosial peribadinya. Selama 10 hari menyepi tanpa khabar berita membuatkan peminat-peminatnya rindu ingin mengetahui perkembangan terkini penyanyi itu. Mereka meluahkan kata-kata rindu dan sokongan kepada Daniel menerusi laman Twitter dan berharap penyanyi itu kembali seperti biasa. SUMBER: Kang Daniel Instagram, Twitter