suria

Katy Perry & Orlando Bloom bertunang pada Hari Kekasih

Katy Perry dan Orlando Bloom mengikat tali pertunangan pada 14 Febuari lalu.

PASANGAN Katy Perry dan Orlando Bloom mengikat tali pertunangan pada 14 Febuari lalu bersempena dengan Hari Kekasih selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

Cosmopolitan melaporkan Katy mengumumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya sambil memuat naik gambar cincin pertunangan yang diberikan oleh Orlando.

Cincin tersebut mendapat perhatian apabila ia berbentuk bunga yang sedang mengembang yang dilaporkan berharga jutaan dolar.

Sementara itu, ibu Katy turut berkongsi beberapa foto pada majlis pertunangan pasangan itu di Facebook miliknya.

Pasangan itu mula bercinta pada 2016 sebelum berpisah sementara pada 2017 dan kembali menjalinkan hubungan pada April tahun lalu.

Katy sebelum ini pernah berkahwin dengan Russell Brand manakala Orlando mendirikan rumah tangga dengan model Miranda Kerr.

Katy Perry, Orlando Bloom

Artikel Lain