suria

Rain ada alasan jarang bercakap soal keluarga

PENYANYI Rain tidak pernah menunjukkan kemesraan dengan isterinya Kim Tae Hee biarpun mereka sudah pun memiliki seorang anak.

Rain yang juga seorang pelakon ini jarang bercakap tentang perkara peribadi ketika muncul dalam mana-mana wawancara program televisyen.

Bagaimanapun, dalam satu temubual, Rain berkata, perkara itu dilakukan atas alasan menjaga privasi.

"Saya tidak pernah kata tidak mahu bercakap tentang isteri saya. Biarpun saya sudah berhati-hati membicarakannya, tetap sahaja ada yang menyerang saya.

"Saya hanya mahu memisahkan urusan pekerjaan daripada kehidupan keluarga. Bukan bermaksud saya tidak mahu bercakap tentang mereka tapi saya sangat mencintai dan menghargai mereka," ujarnya.

Peminat hanya mendapat berita-berita baharu tentang pasangan ini daripada video-video kandid daripada peminat yang bertemu dengannya.

Malah, Rain mengumumkan kelahiran anak pertamanya pada Oktober lalu di laman sosial dengan hanya mendedahkan foto kasut sepasang kasut bayi.

Rain

Artikel Lain