suria

R. Kelly berhadapan 10 dakwaan serangan seksual termasuk remaja bawah umur

R. Kelly tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dia didakwa melalukan serangan seksual terhadap empat wanita termasuk tiga daripadanya dibawah umur.

PENYANYI terkenal R. Kelly tampil menyerah diri kepada pihak polis pada Jumaat lalu untuk ditahan reman atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap empat wanita yang tiga daripadanya dibawah umur.

BBC melaporkan R. Kelly atau Robert Sylvester Kelly, 52, berbuat demikian seminggu selepas sebuah dokumentari berjudul Surviving R. Kelly disiarkan yang mendedahkan perbuatan terkutuknya itu termasuk kenyataan daripada bekas isterinya sendiri.

Penyanyi lagu I Believe I Can Fly itu kemudiannya dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya dan sebanyak 10 tuduhan serangan seksual dikenakan terhadapnya.

Pihak pendakwaan turut mendedahkan satu daripada 10 kes itu melibatkan sebuah rakaman video yang memperlihatkan R. Kelly sedang melakukan hubungan seksual dengan seorang remaja berusia 14 tahun.

R. Kelly digari ketika menyerah diri di balai polis.

Mangsa lain mendakwa, R. Kelly melakukan serangan seksual terhadapnya ketika menghadiri sesi bertemu peminat ketika usianya 16 tahun.

Manakala mangsa lain mendakwa dia bertemu dengan penyanyi itu ketika sambutan hari jadinya yang ke-16.

Jika disabitkan kesalahan, R. Kelly boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap kesalahan.

Dalam pada itu, hakim John Fitzgerald Lyke Jr menetapkan bon jaminan sebanyak AS$1 juta (RM4 juta) dikenakan kepada penyanyi itu selain pasportnya ditahan.

Selain itu R. Kelly tidak dibenarkan untuk mendekati mana-mana individu berusia 18 tahun ke bawah.

R. Kelly

Artikel Lain