suria

Gaun tuxedo Billy Porter curi perhatian di karpet merah Anugerah Akademi

Busana Billy Porter menjadi perhatian pada acara karpet merah Anugerah Akademi ke-91.

HOS karpet merah Anugerah Akademi ke-91 iaitu Billy Porter mencuri perhatian apabila tampil dengan gaya luar biasa iaitu gaun tuxedo.

Daily Mail melaporkan ramai bintang terkenal terkejut dengan penampilannya itu termasuk aktres Glenn Close yang ketika itu sedang menunggu untuk ditemubual.

Malah pemilihan gaun tuxedo itu menjadi tular di laman sosial apabila ramai bercakap mengenainya selain menganggap Billy adalah pemenang utama pada acara berprestij itu.

Gaya kedua Billy ketika menghadiri parti pasca Anugerah Akademi anjuran majalah Vanity Fair.

"Dia adalah pemenang utama... Tindakannya tampil dengan fesyen sebegitu adalah berani," tulis pengguna Twitter.

Pakaian itu direka khas untuk Billy, 49, oleh Christian Siriano.

Penampilan fesyen pelik itu bukan luar biasa bagi Billy kerana dia memang terkenal dengan gayanya yang unik apabila menghadiri acara karpet merah.

Artikel Lain