suria

Kejutan romantik Orlando Bloom mahu lamar Katy Perry jadi haru-biru

PERANCANGAN Orlando Bloom untuk melamar Katy Perry dengan penuh romantis tidak semudah yang dirancang sebaliknya bertukar haru-biru.

Katy Perry berkongsi cerita pertunangan semasa kemunculannya di Jimmy Kimmel, mendedahkan kejadian itu selepas makan malam sempena Hari Kekasih.

Katy menyangka mereka akan ke pameran seni, namun sebaliknya kereta mereka menghala ke laluan kapal terbang untuk dibawa menaiki pesawat peribadi.

"Kami menikmati minuman dan dia mengeluarkan sebuah kotak kecil di dalam poketnya, tertulis satu nota.

"Dia cuba menarik keluar kotak cincin tersebut semasa saya sedang membacanya," kata Perry.

Namun keadaan menjadi gamat apabila Orlando cuba menarik keluar kotak cincin tersebut tanpa disedari Katy, jaket miliknya terkoyak dan sikunya terkena botol minuman sehingga keadaan romantis menjadi kucar-kacir.

Dalam pada itu, Orlando pada ucapanya yakin wanita itu tidak akan mengecewakannya dalam melayari alam rumah tangga.

Sebelum ini, Katy Perry pernah berkahwin dengan Russell Brand manakala Orlando juga pernah mendirikan rumah tangga bersama model bernama Miranda Kerr.- HelloMagazine

Katy Perry, Orlando Bloom

Artikel Lain