PENYANYI rap Travis Scott menyangkal dakwaan dia berlaku curang terhadap teman wanitanya, Kylie Jenner selepas pasangan itu dikatakan bergaduh besar sehingga membatalkan kemunculannya di sebuah acara baru-baru ini. E News melaporkan Travis memberitahu hubungannya dengan Kylie dalam keadaan baik dan gosip mengatakan mereka bertengkar adalah tidak benar. "Alasan sebenar saya membatalkan kemunculan itu adalah kerana saya sakit teruk dan berada di rumah sepanjang hari dan bukannya bergaduh dengan Kylie. "Saya juga sudah meminta maaf kepada peminat yang menantikan kehadiran saya di laman sosial," katanya.