PENYANYI kumpulan Golden Child's iaitu Jibeom 'kantoi' apabila peminat berjaya merakamkan gambarnya dengan seorang wanita dipercayai teman wanitanya baru-baru ini. Koreaboo melaporkan menerusi gambar yang disebarkan peminat di laman sosial, kedua-dua mereka dilihat sedang bersiar-siar tanpa ditemani oleh pengawal peribadi. Malah Jibeom tidak memakai topeng muka atau topi bagi melindungi wajahnya daripada dikenali orang awam ketika berjalan-jalan di Hyehwa di utara Seoul. "Rasa macam tak percaya nampak Jibeom sedang berjalan-jalan tanpa memakai topeng atau topi. "Wanita bersamanya nampak mesra dan ada kata mereka bercium," kata netizen.