ISTERI kepada aktor Amitabha Bachchan iaitu Jaya Bachchan dikenali sebagai seorang yang garang dan tidak pandai menjaga emosinya. Baru-baru ini, dia dilaporkan memarahi beberapa peminat yang mengambil gambarnya tanpa izin. Kejadian itu terjadi ketika dia baharu pulang daripada majlis ulang tahun ibu Karan Johar iaitu Hirro Johar. Dalam kejadian itu, dia sedang keluar dari sebuah restoran dan dihadang oleh beberapa peminat yang mengambil gambarnya. Jaya memanggil seorang peminat dan memarahinya kerana tidak meminta izin terlebih dahulu. Dengan wajah masam, Jaya memberi peringatan dan membuatkan peminatnya terdiam. Ia bukan kali pertama, sebelum ini Jaya pernah mengherdik wartawan yang memanggil Aiswarya Rai dengan panggilan Ash sahaja. "Siapa kamu?, teman sekolahnya atau sahabatnya suka sahaja memanggil orang dengan nama panggilan keluarga," ujarnya seperti dipetik Hindustan Times.