PENYANYI ALi mengesahkan dia sememangnya sudah lama mempunyai kekasih dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Menurut laporan Allkpop, dia yang kini berada di Los Angeles untuk konsert memberitahu dia akan berkongsi berita gembira itu sebaik sahaja pulang ke Korea. "Saya sekarang berada di Los Angeles untuk konsert dan sementara saya tidur untuk betulkan masa yang berlainan, saya bangun dapat mesej yang banyak dari rakan-rakan di Korea. "Nampaknya ada banyak perkara yang diperkatakan. Saya rancang untuk memberitahu peminat dahulu selepas saya habis kerja di Amerika tapi nampaknya berita keluar dulu. "Saya sudah lama bercinta dengan seseorang. Saya sudah merancang untuk berkahwin secara berhati-hati sebab bimbang kalau pasangan saya terkait dengan mana-mana isu. "Saya akan beritahu anda sebaik sahaja saya pulang ke Korea dan bercakap dengan tunang saya serta keluarga. Mohon semua doakan kami, terima kasih," katanya.